Malam ni tetiba terasa tulis balik kenangan ni. Dah lama tersorok dalam laptop ni. Bersawang macam tu je. Mungkin tertulis hari ni, aku kongsi kenangan ni. Bukan untuk simpati tapi sekadar kongsi suasana ketika tu. Pengalaman pertama kali berdepan dengan situasi yang sangat sukar dalam hidup ini. Semua tu berlaku awal tahun ini, masih segar lagi. Terbayang-bayang lagi segala perkara yang berlaku. Sengaja aku catat peristiwa tu kat sini, sebab aku tidak mahu terlupa setiap detik yang telah berlaku. Sebab daya ingatan ini tidak mampu untuk mengingati dengan jelas semua yang telah berlaku.
Jadi , semua ni aku tuliskan disini.........
18 Januari 2010
Detik, ketika dan saat yang sangat meninggalkan kesan yang paling mendalam dalam hidup aku sekeluarga. Dalam sekelip mata semua ni terjadi.Kadang-kadang terasa bagaikan mimpi. Seorang ahli keluarga terdekat telah perggi meninggalkan kami buat selamanya. Inilah dugaan yang sangat menguji kekuatan kami sekeluarga. Tanpa sebarang tanda "dia" telah pergi untuk selamanya.
02:04 pm
Selesai makan di bilik Bai (roomate Syiqah), aku menuju terus ke bilik. Tiba-tiba, telefon berbunyi nyaring, nama "Acu" jelas di handphone. Aku angkat, terus "Kak, Pak De jatuh, sekarang tak sedar...........(makin kurang jelas)" nada menangis.. Aku blur seketika. Terdiam. Tak percaya pun ye. Masih tidak faham situasi sebenar. Tak lama kemudian, mak telefon "Kak, Pak De jatuh, tak sedar. Kalau boleh balik, balik la. Dengan bas ke, dengan Mak Ngah. Balik cepat. Takut apa-apa hal." Terus aku capai handphone, cari nama Mak Ngah dalam phonebook, call. Soalan pertama yang aku tanya, "Mak Ngah balik kampung tak? Kalau balik, Akak nak ikut sekali. Mak Ngah kat mana sekarang ?" Diringkaskan, aku akan balik dengan Mak Ngah aku.
02:41 pm
Tiba-tiba aku terima call dari Acik,"Kak......Pak De dah tak de.." Setitik pun air mata tak menitis. Mungkin aku tersangat terkejut dan tidak pernah terbayang alami semua ini. Jadi bingung, perasaan bercampur baur. Yang terlintas di benak ni, buat resume dan surat cuti. Dalam beberapa minit, siap untuk diprint. Aku amanahkan pada Nadz. Masa menaip tu, mula menggigil tak tentu pasal. Nak taip satu huruf, asyik salah, padam. Dah mula terasa hati kecil ni.
03:30 pm
Acu call lagi maklumkan yang Mak Ngah dah gerah dari Bandar Baru Uda. Tak lama lagi sampai la tu. Aku masih lagi menghadap laptop, dengan seluar pelekat kegemaran ini. Tuhan sahaja yang tahu masa itu sungguh kejam. Pantas sungguh ia berlari. Memaksa aku berkerah sepantas yang boleh. Yang terfikir dalam otak ini, ambil pencuci muka Balqis, baju untuk 2-3 hari, charger, kunci bilik dan sandal hitam kegemaran. Alhamdullilah, aku siap sebelum Mak Ngah tiba. 10 minit kemudian, kelibat Wira Aeroback Hijau tiba. Tanpa lengah lagi, aku terus menuju ke pintu, buka dan masuk. Sayu tengok Nana tidur dengan baju kurung dan tudung. Penat agaknya dari sekolah. Semua terkejur-kejar untuk balik kampung.
Dalam Kereta
Sunyi, sepi diam seribu bahasa. Seakan memahami perasaan yang bercampur baur. Muka ni, tak tahu nak buat reaksi apa lagi. Menangis, kecewa, sedih. Yang pasti perasaan terkejut masih tetap menguasai diri. Pak Ngah warning aku awal-awal "Kita bukan balik terkejar-kejar, nak laju-laju, yang pergi tu tetap pergi." Aku terdiam. Itu sahaja reaksi yang mampu aku tunjukkan. Termenung sepanjang perjalanan. Tengok langit, otak melayang. Yang pasti, kalau dulu, tiada istilah 120 km/jam atau lebih. Tetapi, keadaan memaksa, yang bermain dalam kepala nak sampai secepat yang boleh. Aku hanya pasrah, redha dan berserah, kalau apa-apa terjadi ketika itu. Otak tidak lagi berfungsi dengan sewaras-warasnya.
2 jam kemudian (05:30 pm)
Kami selamat tiba di kampung halaman, penuh kereta di sekeliling rumah. Kalau dulu, situasi ini dirasai dalam Drama Melayu tapi kali ini betul-betul di depan mata. Aku berjalan sepantas yang boleh bersama Mak Ngah. Sayu, sedih tengok situasi ini. Tak sampai hati rasanya nak berdepan dengan Atuk Abah dan Nenek. Berat sungguh dugaan ini Ya Allah. Aku melihat dari jauh. Keberanian belum tiba untuk aku berdepan. Aku kuatkan hati, cari segala kekuatan yang ada. Slepas perbincangan keluarga, pengkebumian akan di jalankan seleas Solat Isyak. Pada waktu ini juga, Mak dan Ayah aku bergegas dari Sungai Petan. Segala urusan, ditangguhkan. Yang tinggal, perasaan ingin tiba ke Johor secepat yang boleh.
Sepanjang Waktu Maghrib
Tidak berapa ketika, rumah nenek telah dipenuhi oleh jiran tetangga. Makin sayu hati ini. Tak pernah aku alami semua ini. Tak terungkap dengan kata-kata situasi pada waktu itu. Dari jauh, aku ternampak kelibat Acik. Perlahan-lahan, dari gerak tubuhnya, jelas 1001 kesedihan sepanjang 2-3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor. Tak terbayang perasaan itu. Aku tidak berani berdepan dengan Acik. Aku biarkan Acu dan Nenek tenangkannya. Pak Cik dan CIk B.D turut sungul. Kesedihan itu tidak dapat disembunyikan walau sedikit. Dari riak sang mata, jelas kesedihan itu. Letih asyik "bekerja." Ketika ini, keberanian itu timbul untuk berhadapan dengan Arwah. Aku, Acik, Acu, Muaz, Nenek, Mak Lang, Cik B.D dan Pak Cik sama-sama berada disamping Arwah. Kesayuan, kesedihan tak terungkap lagi. Acu menangis lagi. Semua seakan memahami perasaan masing-masing. Makin lama, makin sayu. Setiap baris kata Acik buat aku makin sayu. Sayu sangat.
Isyak pun tiba
Saat ini buat aku makin sayu. Kelibat 2-3 orang masjid datang untuk menguruskan Arwah. Pertama kali aku melihat, cara-cara persiapan untuk menguruskan jenazah. Pertama, urusan dari segi kafan. Ukuran diambil dan sepantas mungkin dilakukan. Rasanya, 7 lapisan diperlukan. Selesai semua, Arwah di mandikan. Ramai yang membantu dari awal hingga akhir. Ahli keluarga yang lain melihat dari jauh. Menahan sebak, kerana masa semakin suntuk. Makin tiba saat untuk berpisah selama-lamanya. Selesai dimandikan, Arwah akan dikafankan. Kemudian, disembahyangkan.
11:00 pm
Ayah dan Mak selamat tiba. Sayu aku lihat reaksi Mak. Dari jauh, dapat lihat peperangan perasaan itu. Sedih, sayu semuanya menjadi satu. Ayah, sungul. Penat dengan pemanduan selama 5 jam tanpa henti. Bayangkan, dari Kulim ayah ke rumah, sejam perjalanan dengan motosikal. Kemudian, bersiap-siap terus memandu ke Johor. Aku dapat bayangkan keletihan yang teramat sangat. Selalunya, 8 jam perjalanan, tetapi pada saat ini 5 jam perjalanan sahaja. Dari Sungai Petani ke Nilai, 3 jam perjalanan. Selebihnya, adalah 2 jam perjalanana sampai ke Labis, Segamat. Pelbagai halangan, Alhamdulillah selamat tiba. Saat ini, terasa bagaikan Cerekarama TV3 yang selalu ditonton. Soal kematian yang ditonton berlaku di depan mata. Air mata memang degil. Menitis, mengalir tanpa henti. Sukar sungguh jika perlu berdepan dengan saat dan ketika ini lagi. Sesungguhnya, memang kekuatan tidak pernah ada untuk berdepan semua ini dikemudian hari.
Kemudian, Arwah di bawa ke tanah perkuburan. Mak dan Aku tidak ikut pada mulanya. Tetapi, bila aku tengok Atuk Abah bersiap-siap, tergerak hati nak ikut. Penat. Lagipun, lewat malam dan ada saudara di rumah. Atuk Abah nak juga tengok pusara. "Nak tengok dekat mana kubur, lagipun batu nisan tak ada lagi" bicara Atuk Abah. Tiba di tanah perkuburan, ramai yang datang. Kawan rapat Arwah, saudara mara semuanya ada. Mak menangis lagi. Sedih......Pertama kali berdepan semua ini..."Terbayang masa kecil Arwah" bicara Mak. Susah Mak nak terima semua ini. Hati wanita, sensitif. Walau sekuat mana kita menahan perasaan sedih, air mata tetap menjadi saksi. Mak memang susah untuk terima semua ini. Lama masa yang diperlukan untuk pulihkan perasaan itu."Mak terbayang-bayang Arwah...Mak rasa 'Dia' ada kat rumah, dalam bilik tu.." Menangis lagi..Lagi dan lagi.
Kini
Mak dah berjaya berdepan semua ini. Banyak yang dirancang untuk Arwah. Semuanya untuks segala kebaikan yang telah diberikan kepada keluarga yang tidak terhingga. Aku takkan lupa segala kenangan yang telah wujud bersama Arwah walaupun aku sedar ia tidak mungkin akan berulang lagi. Tapi, aku tahu 'Dia' sentiasa 'melihat' kami sekeluarga dari jauh. Dari sana. Aku selalu tenangkan Mak dengan ayat ini, "Mak, 'Dia' dah bahagia kat sana.Kita doakan yang terbaik untuk dia."
AL-FATIHAH untuk Arwah.....
4 comments:
http://eimajer.blogspot.com/2009/06/abah.html
ini pengalaman saya pula ...
huhuhuhuuh....
sedey.....
setiap permulaan ada akhirnya..
setiap pertemuan ada perpisahan.
setiap yang bernafas di alam fana ini akan terhenti jua pada suatu ketika..
Al-Fatihah..
itu lah...
tapi semua ni mmg sangat perlukan kekuatan utk berhadapan...
wlau skuat mna pun kta, mesti terdetik juga rasa sedey tu kan..
tak sanggup berdepan lagi..
Post a Comment