~penaja~

Thursday, May 17, 2012

cikgu guru pendidik teacher dan sebagainya

bila sebut 16 Mei, berlumba-lumba semua orang
nak sms, kad, hadiah, call..
macam-macam cara
mungkin yang urban tu
main tweet je kot..

macam-macam juga aku dengar penghargaan golongan pendidik ni dapat
dari segi pangkat, gaji
macam-macam lah
cuma aku harap
bakal-bakal cikgu yang masih belajar
atau yang memang dah menjawat jawatan guru tu
dapat beri sumbangan dalam mendidik dengan penuh keikhlasan
tak kira lah sekolah mana pun
ceruk bandar, pinggir bandar
atas bukit, tepi bukit
tepi sungai
ye lah, memandangkan muka bumi Malaysia ni bukannya sekata
bila keikhlasan tu ada,
kena ngajar kat planet Marikh pun, pasti tak kisah lah

aku harap,
guru-guru masa kini lebih kental
kena seiring dengan pengetahuan pelajar
kalau pelajar tahu apa itu Facebook,
guru pun kena ada
boleh buat group,
senang kongsi info
boleh buat blog, buat note
pelajar boleh baca sambil skodeng blog orang lain

yang canggih-canggih tu
boleh BBM ke ape..
macam-macam lah

zaman sekarang pun dah berubah
senang nak study
nak nota ?
google je
mesti ada macam-macam jenis nota
dari Bab 1 sampai Bab 12
cuma nak dengan tak je
aku dulu lain lah
memang khatam abis buku teks
kalau orang kata rebus buku, baru cepat ingat pun,
aku buat...(tak buat pun...)
hahahahaha
haiyaa...manyak beza wooo....

ucapan aku mudah,
untuk para guru sekalian
diharap dapat ditingkatkan lagi kualiti pengajaran
seiring dengan segala imbuhan yang diberi
orang kata, jadi guru ni mulia
selagi ilmu yang disampaikan
dimanfaatkan oleh pelajar
sampai akhirat pun pahala tetap dapat
walau dah meninggalkan bumi ni
yang penting IKHLAS...
Selamat Hari Guru

p/s :: ikhlas ke tak ?? tepuk dada, tanya iman... hahahha...sendiri mau ingat la...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails