hari ini
terasa sangat bahagia
buka mata luas-luas
tarik nafas dalam-dalam
terasa nikmatnya
hidup ini
yang kadang kala kita alpa
ALHAMDULILAH
masih diberi peluang
hari ini
aku mula sedar
selama ini aku tersilap
salah sungguh tindakan ini
mulai hari ini
aku belajar sesuatu yang sangat berguna
memberi itu tindakan yang baik
tetapi sederhana adalah sebaiknya
jangan sekali kita terfikir
bahawa kita memilikinya
JANGAN !!!!!
jangan sekali kita terfikir
bahawa kita telah berjaya memilikinya
kerana mungkin kita langsung tidak pernah milikinya
cuba kita renung kembali
saat kita tidak pernah memilikinya
kita sedaya upaya
berusaha berbuat apa sahaja
untuk memilikinya
sebab kita tahu yang kita masih tidak miliki apa yang diingini
tetapi bila ia jelas dimiliki
kita tidak pernah menjaga malah hargai
tetapi sentiasa alpa dan yakin
malah ego dengan apa yang dimiliki itu
kita terlupa
mungkin akan kehilangan
apa yang kita miliki itu
tanpa kita sedari
ketika itulah
kita sedar bahawa kita telah
kehilangan apa yang kita miliki
p/s-->pelangi ITU jelas DI SITU
*****************************************************************************
No comments:
Post a Comment