~penaja~

Monday, June 21, 2010

~aku tomboy?~

Kisah pelik ke? TIDAK.. Ini semua sebab semalam jumpa kawan zaman tadika dekat FB.. So, terasa nak mengimbau zaman tadika aku..
yang mana aku ??


Dulu aku tak nakal sangat, ayah polis. So terhad sikit aktiviti nakal. Kawan pun dengan anak polis (bosan ke?).. Kenapa entry pasal tomboy ? Sebabnya, zaman berhingus dulu, aku tak merasa berambut panjang, bertocang mocang macam budak lain. Sempoi je aku dulu. Rambut tak cecah bahu, so style boboy la.. Ini semua penangan ayah aku, dia yang handle bahagian imej rambut aku masa kecik...(hebat tak ??) Dia yang usung aku pergi kedai gunting rambut... Soalannya yang wajib diajukan, "akak, ketam je ke rambut ni??" Aku mana la tahu fesyen rambut terkini, angguk je la tanda setuju...Mana tahu tunjuk emosi marah, tak puas hati ke.. (Baik kan aku??)

Tak de la sampai tak pakai baju budak-budak girl...Aku dulu pakai skrit juga time sekolah..hehehe... Al maklumlah sekolah kaum hawa je, bantai je la.. Tapi bila ustazah mula "nyanyi" pasal skirt budak-budak melayu kat sekolah, so faham sendiri la... Mula kenal baju kurung putih + kain biru... hahahaha... (tak perlu lagi cover kalau nak melompat)

So, kesimpulannya aku cuma tomboy sikit-sikit je... Dari segi gaya rambut, kawan dengan lelaki kat rumah... Itu pun sebab aku follow abang, mana boleh aku duduk rumah kan... =))

p/s --> nanti kongsi gambar tadika lah.... =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails