Seperti dijangka, ia
berlaku. Tak mustahil ia akan berulang.
Aku berkata dari
sudut pandangan seorang insan.
Politik politik
politik
Lagi dan lagi
Aku menulis
berbekalkan sedikit kemanusiaan.
Aku bukan A.Samad
Said.
Yang mampu melantun
kata penuh makna.
Sedih, kecewa,
terkilan
1001 perasaan lagi
GERAM !
Itu jawapan yang
jujur.
Aku pelik,
apa yang dibanggakan
sangat dengan perhimpunan BERSIH (oppss..sudahnya
KL penuh dgn sampah)
Aku pelik,
Kenapa mereka begitu
lantang berkata, melompat, menengking
Sedangkan hanya
membawa suara MINORITI
Rasanya
Berbas-bas datang
dari pelusuk negeri
Berguni-guni dapat
tajaan
Banyak tu je ke yang hadir ? (jerit batinku)
tak perlu bangga
lagak seorang pejuang dunia
saling tak tumpah,
seorang pengganas
usah dibangga lagak
seorang hero
sekadar
terlompat-lompat atas kereta PDRM
(kasihan sungguh
orang itu)
Si mahasiswa pun satu
hal
Tak sabar sungguh nak
berpolitik
Dah termimpi-mimpi
kerusi parlimen
Oh tidak…
Ilmu di dada dah
cukup ke?
Setakat boleh berucap
berapi-api
tak semestinya anda
layak
setakat ada jawatan
di universiti,
bukan tiket
segalanya..
baru jadi calon, di
undi dalam pilihanraya universiti
rasa dah mampu gubal
segalanya…
(kejutan budaya
kot..ish..ish..)
Itukah perjuangan ?
Hei !
Malaysia dah lama
merdeka
Merdeka bukan melalui
pertumpahan darah
(biar cetek ilmu,tapi
jangan buta sejarah!)
Mesti ada
tertanya-tanya
Kenapa aku melenting
Ya, memang aku cukup
MARAH
Sebabnya
aku terbayang AYAH !
Yang diprovokasi
Yang ditendang
Yang ditumbuk
Yang dicaci
Dibenci
Apa, hina sangat ke polis ni? (arghh…marah)
Hakikatnya,
Semua hal nak lapor
polis
Motor cabuk hilang,
Balai juga yang
dicari dulu
(kenapa tak cari orang lain? Bomoh ke..)
Kemek kereta sikit,
Dah nak telefon polis
Rumah masuk perompak,
Polis juga dicari
Tapi sikit pun
orang-orang ni tak pandang
(belum kena batang hidung agaknya…)
Polis juga nak dengar
drama sedih korang
dalam report
berjela-jela tu
Yang aku pelik
Bertambah pelik
Pak cik berkopiah
Mak cik bertudung
labuh
Budak-budak
(adik ni tahu ke BERSIH tu apa?)
Tak tahu la kalau memang di didik begitu
(garu kepala)
Macam-macamlah..
Semua ada disitu
Umpama ‘pesta’
tapi
Dalam masa beberapa
saat,minit dan jam
Dari seorang berimej
mulia
Bertukar 360 darjah
Entah apa yang
didendamkan agaknya
Yang bertopeng pun
satu hal
Lagaknya bukan main
lagi
Terkinja-kinja sana
sini,
Padahal pengecut !
bacul
Kata pejuang sangat,
kenapa perlu bertopeng
(takut kena tangkap ke bang ? alahai…takut juga ye)
(hahahaha….macam tu ke
pejuang alaf baru)
Cet..
Memalukan..
Berani kerana benar
lah !
Takut kerana salah
Kenapa tak jadikan
Suu Kyi idola
Tak takut dipenjara
Itu baru pejuang
bangsa
Oh… lupa..
Kita tak pernah susah
Tak pernah rasa
suasana dijajah
Jadi mudah lupa
Berapa nilai keamanan
itu
Tak perlu taksub
dengan politik
Dengan jawatan dunia
Tak perlu perhimpunan
lagi
Aku muak
Aku bosan
Jijik
Tunggu saja pilihan
raya
Yang benar, pasti
akan menang
Yang kalah, muhasabah
diri
Biar majoriti yang
bersuara
Baru adil
Bak kata Najwa Latif,
“segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong
kosong”
No comments:
Post a Comment