Pagi tadi aku layan Sinar FM sambil sterika baju..Aku memang suka pakai baju panas-panas (malas sebenarnya nak settle tengah malam). Banyak kisah aku dengar, so kutip ilmu kehidupan secara tak langsung kan... Kalau tak percaya try dengar..Kalau tak berdekah, tipu la tu.... Ramai pendengar luahkan masalah masing-masing terutama kisah perkahwinan... Aku tertarik dengan 2 orang pendengar ni.. So mari kita intai kisah diorang....
indah hanya time kahwin je ke???
CERITERA 1 : KISAH KEKASIH LAMA
MANGSA YANG BERMASALAH
Seorang suami, tidak dinyatakan umur, usia perkahwinan dan bilangan anak... Aku rasa lewat 20an atau awal 30an.. Sekarang musim umur macam ni, rumah tangga berantakkan... Betul tak ?? Mangsa (suami) meluahkan masalahnya iaitu "kekasih lama ku kini kembali" macam tu la lebih kurang taglinenya (rekaan aku je....) Mangsa terjumpa kekasih lama dalam Muka Buku (kesan -ve sosial di alam maya zaman sekarang).. Yang tak best nye, kekasih lama tu still single dan mangsa dah terlepas perasaan rindu.. Terlajak perahu boleh reverse abang, tapi kalau dah terlajak tindakan ??? Padah menanti.... So, mangsa sekarang dalam dilema dengan masalah yang dia sendiri cari...
PENDAPAT AKU
Hal ni mudah, kalau mangsa tegas dan tetap dengan pendiriannya... Sebab awak tu lelaki.. Berhak tentukan mana yang patut dan tidak... Tak kan kekasih lama muncul kembali pun tak dapat handle... Balik rumah, renung muka isteri sedalamnya, kat situ ada jawapan... Mana pergi janji yang ditabur lepas akad nikah ?? Janji apa dulu dengan bapa mertua masa nak ambil anak dara orang.... So, semua terletak pada tangan kita.. Semua tu bayangan silam... Bagi aku, better lost contact terus dari jadi macam ni... Masing-masing ada cara tersendiri kan..... Gerak hati itu lebih tepat !!!!!!
MANGSA YANG BERKECIL HATI
Mangsa kali ni seorang bapa berumur 49 tahun... Baru menerima menantu sulung bulan 3 yang lepas.. Berasal dari negeri Perak tapi menetap di Klang.Menantu berasal dari Johor dan sama menetap di Klang.. Al kisah mengenai menantunya... Anak mangsa muda lagi baru berumur 22 tahun, bekerja di Hospital Cheras, si menantu bekerja di Glenmarie. Kata mangsa, anaknya terlalu disukai keluarga pihak lelaki., mungkin pertama kali terima menantu juga...Tapi yang sedihnya jarak rumah mangsa denga rumah menantu lebih kurang 3 kilometer sahaja..... Tak patutkan....
PENDAPAT AKU
Mangsa nak marah, kecik hati pun tak guna juga... Lepaskan anak kahwin muda-muda.. Baru 22 tahun, senang cerita belum masak lagi dengan kehidupan rumah tangga.. Perkara tu boleh elak kan... Mungkin tangguh dulu ke, buat apa yang patut... Sampai penuh ilmu anak yang nak kahwin tu...Menantu ni pun sama, isteri tu bukan milik awak sepenuhnya, dia ada keluarga lagi, tolong la prihatin dengan perasaan seroang ayah dan ibu... Mungkin sebelum ni tak pernah berenggang, tiba-tiba awak buat macam ni... Ingat bapa dan ibu mertua sama tarafnya dengan ayah dan ibu kita... Bila dah kahwin ni, banyak hati nak kena jaga... Jangan ingat dah sah, suami isteri semua selesai.... Hubungan ibu dan anak tak kan putus macam tu... So, pada siapa nak kahwin tu, jangan masa tunang, pijak semut pun tak mati, tapi lepas kahwin, buaya pun lari....
p/s --->> Hidup sekali, tak salah usaha dan beri terbaik dalam semua perkara.... =)
2 comments:
YES.. AKU PON TD DENGAR KES NI SUME DALAM RADIO..
YANG PASAL KES 1ST TU,
MMG XPTT LA.. ANAK DAH 2.. KAWIN DAH 7 THN.. BOLEH LG BERPALING ARAH.. HURM... TAK TAHU APE YG ADE DLM KEPALA DIA
Miss Izah
owh ye ke...
xdgr pulak fakta anak n usia kawin...sebok strika...hehehe...
tu la..kesian wife dia klu tau hsband dia mcm tu...tlg la jgn cari pasal....
sedeynyaaaaaaaaaaaaa
Post a Comment