~penaja~

Thursday, September 2, 2010

~ Cinta bahagia atau derita~


Alhamdullillah…..
Lama tak update blog… terlalu sibuk rasanya ( xder mood nak update sebenarnya... =[ ) hari ni nak bercakap tentang JODOH…. Rasanya umur 20an ni, dah mula terlintas macam-macam hal tu kan.. Jangan TIPU !!!! Sebenarnya, bagi aku mudah je konsep ni.. dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah prinsip aku yang aku pahat, ukir, kikis dalam hati…
Kalau orang cakap, cinta separuh mati itu indah….Bagi aku lebih indah bila putus cinta…. Kenapa ?? secara azalinya, seseorang tu akan menjadi lebih positif bila nikmat cinta sesama manusia ditarik balik… Betul tak ?? Kalau dulu liat nak mengadu masalah dengan Pencipta, tapi bila cinta yang diagung-agungkan tu tak sampai setengah batu perjalanan pun, barulah kita dongak langit mencari kekuatan.. Itu yang pasti…. Itulah realiti…
Kalau orang cakap, cinta itu bahagia…. Tapi bagi aku, cinta itu penuh dengan ketidakpastian….manusia mana yang  yakin dan pasti itu jodohnya…?? Cinta separuh mati, bertahun-tahun pun belum tentu sama-sama naik pelamin… silap-silap, jadi jemputan pada pasangan kita…. Wahhhh !!!! macam tu pun ada tau…. Keyakinan tu boleh jadi sebaliknya….
Kalau orang cakap, cinta itu indah… seperti berada di awangan, di syurga lah dan macam-macam lagi… tapi bagi aku, cinta itu hanya khayalan… yang kita sendiri cipta, ikut acuan yang kita nak dan yang pasti semuanya indah-indah belaka… macam tugas disandang wedding planner.. sampai kering idea nak realisasikan angan-angan indah pengantin.. betul tak… ??
Memang manusia pada azalinya tak pernah puas dengan apa yang kita ada.....jadi semua tu kena berbalik pada fitrah manusia….memang setiap manusia diciptakan berpasangan, selagi belum terikatnya suatu janji antara lelaki dan wanita itu melalui akad nikah bersaksikan keluarga bahagia kedua pihak, selagi itulah, lelaki dan wanita itu masih tercari-cari pasangan hidupnya.
Untuk jalan yang lebih selamat, bersederhana itu lebih baik dan terbaik…Insya Allah… Kalau ditakdirkan cinta itu hanya persinggahan, bersyukurlah …. Kekecewaan itu pasti terubat dengan cinta yang pasti.. jangan terlalu positif dengan cinta yang ada, negatif itu perlu bagi meletakkan sesuatu ketidakpastian dalam hubungan daripada terus meletakkan sepenuh harapan yang tak pasti… Jangan terlalu mencipta masa depan, tetapi berpijaklah pada realiti….
~ Cinta…. Terlalu subjektif bagi bagi aku… itu yang pasti… ~

4 comments:

slay said...

bukan sahaja cinta, hidup itu sendiri penuh dengan ketidakpastian, tidak pernah menjamin apa-apa kecuali janji-janji daripada-Nya. :)

~misz syafa~ said...

thanks mr... =)
sbb tu kita kna kikis sifat kyakinan 110% tu...
berjaga2 dlm smua aspek... =)

jga hati tu jugak .. =)

~misz syafa~ said...

thanks mr... =)
sbb tu kita kna kikis sifat kyakinan 110% tu...
berjaga2 dlm smua aspek... =)

jga hati tu jugak .. =)

Anonymous said...

[url=http://ineedadrink.org/decorations-essential-part-of-birthday-supplies/]Party Supplies[/url]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails