~penaja~

Monday, July 4, 2011

jangan baca entry ni !!! J A N G A N D E G I L

Ku mencari ku mencari
Apakah salahku
Kau buatku termenung seorangan
Dalam diri sangsi
Akhirnya begini
Perpisahan tak ku duga
Ku menegrti ku fahami
Keputusan ini
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku
Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata
Jangan diucap selamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal (3x)
Walaupun seketika
Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata
Keahir hayat yang ada (2x)
**********************************************

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak jenguk blogspot, rindu nak conteng-conteng luah perasaan. Kadang terasa nak privatekan, tapi entahlah, rasa nak buka akaun lain dan rahsiakan identiti. Boleh tulis macam-macam, nak marah, sedih, jiwang, cintan, cintun and whatever. Nanti-nanti la kot. Mood suam-suam kuku. Banyak nak tulis, dari exam Etika lagi. Tapi hold punya hold, sampai dah hilang kertas yang contentg ari tu, (ye la, time study, takkan nak berblog kan, so buat la mind map cincai boncai dulu, then bila free transfer). Nantilah cari. Padah tangguh-menangguh sampai hilang mana pi tak tau….grrrrr !! lantak la situ…ada rezeki jumpa la…

Menulis sambil layan lagu unplug mamat You Tube…..

Secara azalinya, aku menulis tuk luahkan perasaan. Ada yang marah, sedih, kecewa lontar dengan nada. Maksud aku, menangis, pok pek pok pek or whatever. Masing-masing ada style. So aku menulis panjang lebaw ari ni sebab aku perlu recover diri aku yang ‘cedera’…

aummmm…aummmmm…. (sambil menyeru kekuatan diri untuk terus menulis..hahahaha)

aku bukan manusia bermasalah sosial mahupun celaru identiti yang perlukan perhatian mahupun rawatan lanjut. Cuma aku lebih selesa menulis, cara mudah aku terapkan dalam jati diri yang tak seberapa ni, aku main taram je (perkataan favourite sejak demam P.S.M* tuk final sem) oleh yang demikian, aku cadangkan, sesape yang tengah baca, berhenti saja disini, atau akan menyesal diakhir penulisan aku… (renung2kan)

* Projek Sarjana Muda (risau ada pulak yg dok pk PMS, so aku tulis sini ye..hahahaha)

Kehidupan pelajar yang sibuk dah lama aku tinggalkan (ceh, bajet je..padahal time2 nak submit je bantai tak tido…baru tau nikmat masa). Adalah dalam seminggu dua, pastu kembali normal bergelar manusia biasa. Dengar cerita, semua result dah keluar. Alhamdulillah, boleh lah nak hidup, tapi aku tak tengok lagi 1 subjek. Nanti lah… (cuak sebenarnya)

Bila dah kat rumah ni, abis semua story aku khatam. Dari cerita korea sampai ke resepi masakan india kat Tv2.. (aku memang suka tgk bab masak2 ni…hahahahaha) bantai tengok je, ada aku kesah, india ke, cina ke, mat salih atau mat solleh… (tgk mmg selalu, mencuba tu entah bila…hohohohoho….)

Nak jadi cerita, aku ni memang terkenal kat rumah sbb jakun dengan remote tv. Pantang iklan, wajib alih..ulang suara , wajib alih.. aku pun tak pasti.. (melalui pembacaan aku, lelaki lebih mendominasi remote tv berbanding wanita... nape aku ?? ahh !!! persetankan…hahahaha.. majalah tu lupa survey aku, so x valid…abaikan..)

Dok happy, happy go lucky boleh plak terlayan drama melayu… dari aku study, sampai hari ni, nape mesti ada cerita tentang benda yang tersangat aku nak lupa99x.. yang memang aku nak delete, format, virus semua dalam diri aku ni, tapi makin rancak plak datang dekat… (yes, I know..dugaan kan ?) aku terima, sikit pun macam tak kikis, hakis mahupun calar hati aku… (ya ya ya, aku tipu…..) manusia mana dapat lupa benda dah jadi dalam diri kau ? bagi satu nama manusia tu kat aku ? biar aku berguru dengan dia.. sedangkan dunia sendiri pelihara sejarah-sejarah lampau.. segala macam selagi muat, nak sumbat muzium negara… hati aku pun dah status barang purbakala… (berhabuk sudah….) bila dah jadi macam-macam nih, memang aku dah kuat… (ceh, bajet iron lady…) hidang la drama, filem, fiksyen ke hape semua pasal benda tu, Insya Allah aku tepis.. relax je tengok, macam tak de pe2. (dalam hati, Tuhan tahu ape aku rasa…yes, pendam lebih baik) sejuta orang pun belum tentu faham perasaan aku..memang tepat pencipta pepatah “berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung” (versi aku okey, jangan dok paste dlm karangan SPM pulak !)

Lagu Patah Sayap Malam berkumandang diiringi bunyi kipas tahap maksimas…………..

Paling buat memori daun pisang aku kembali berputar ligat, bila aku teralih, tertengok, termendalami cerita Nora Elena… (what the fish)aku men taram je tajuk drama tu. 50-50 peratus tahap ketepatan… lantak la situ, sikit tak heran betul ke salah… (tak marah, tapi memang tak kisah) nak meletup kepala pun ada, nak tinju pun ada, skill tomoi terus memuncak…. (dari sudut pandang emosi aku ketika itu) nak plak lagu tema crita tu… !!! perhhh…bisa… dari aku tak pernah nak kaji, nak hayati, nak dalami, terus ter ter ter dan ter…. (ye betul, salah aku sbb g flashback balik smua kejadah tu…~tetiba teringat wan kamarudin ntv 7~)

Lagu Ketika Cinta Bertasbih versi unplug ………………..

Aku pun tak pasti, dendam ke yang tinggal dalam muzium aku ni ? atau aku masih masih masih terus dan terus menanti… (istana menanti mungkin ?  hurmmm~~) atau aku masih geram, geram, geram dan geram dengan semua yang berlaku….. arghhhhh !!!! (terlalu baik kot, tak menengking, meninggi suara mahupun menc**** padanya….) ohhhh…tidak, bukan menyesal, cuma berfikir seketika dan sejenak.. INGAT, seorang wanita itu tinggi peribadinya, tak usah kita rendahkan martabat seorang wanita itu hanya semata-mata kerana seorang …………….. (fill in the blank, terpulang pada pemikiran, penilaian masing2…)

Mungkin akan ada kata-kata sinis “dia ada alasan….dia ada sebab… dia dia dia dia….”

Tapi aku ? macamana ? yang penuh dengan persoalan…. ‘apa teruk sangat ke aku ? ape kau dah tilik masa depan aku ke? Parasit mana yang racun otak kau hah ! ’ (soalan last memang marah… tanda seru.) tapi seperti biasa, hati aku bertanya, hati aku juga menjawab dan hati aku juga menerima ion2 negatif tersebut… TERIMA KASIH AWAK…..terima kasih sangat2….

Kes makan-makan sedunia bersama rakan seperjuangan dan Dr. N…….

Dalam hati berkata,
Terima kasih Dr….. janggal mulanya nak berkongsi semua tu, tapi saya selesa dengan reaksi Dr. waktu tu…tak fikir dah apa nak jadi, rahsia dah tak rahsia lagi ke, ape ke… lantak situ….true or dare. Saya tahu Dr. simpati dengan saya kan… lama Dr. renung mata saya waktu tu…. Tembus ke jantung saya…Ye, saya tahu, Dr. fahamkan perasaan saya…. =) tapi, saya boleh lagi senyum2 masa cerita tu, tapi hakikatnya, hati, jiwa saya dah mula nak drama2, nasib baik tak menitik hujan dlm Pizza Hut tu, mau banjir nanti, tapi sebaliknya, bumi Skudai yang basah dengan limpah hujan rahmatNYA..Alhamdulllilah…. (sambil bertanya dalam diri, berkaca kah mata aku ketika itu ?) hah, cik Ayu, Anis, Ilya n Eyra, sila ambil peluang ni tuk bg jwpn situasi mata aku masa tu...huwaaaaaaaaaaaaa.... tak de pe2 kan? kan kan kan kan .....

*kawan2 yang terlibat…janganlah risau… perjanjian di meja waktu tu, tetap aku pegang hingga kini dan selamanya….rahsia tetap rahsia…. Cerita di situ, habis pun disitu…. Jadi sama2 kita pegang amanah…. Terima kasih kongsi semua tu… =)

Kesimpulan yang mudah, semakin kita kejar cita-cita, semakin kita tak pasti. Akan ada bisikan yang menganggu dan terus menganggu. Akan ada kata-kata fitnah, yang mampu mengubah haluan. Dan akan ada seruan, yang terus mendorong diri kearah cita-cita tersebut. Jadi tinggalkan semuanya, anggap sebagai dugaan, cabaran kearah pembentukan jati diri mahupun kelakuan yang lebih matang. Manusia sentiasa bermain dengan emosi, sentiasa tidak pasti, tidak yakin dengan kekuatan diri. Terutamanya dengan usaha oleh makhluk yang telah tercipta sejak dahulu, yang telah bersumpah hingga ke akhir zaman, untuk terus menyesatkan manusia terutamanya melalui hati… hati punca segalanya…. Baik buruk perbuatan mahupun pemikiran bermula dari hati…..

Diakhiri dengan lagu Opick : Cahaya Hati

Allah engau dekat
Beri kasih sayang
Takkan pernah Engkau biarkan
HambaMU menangis

………………….Wasalam………………

 p/s > lama aku peram post ni....lama dah den mnulis tp baru ari post....=) ~~



2 comments:

Eyra Empire said...

same cafa! aku pun... aku belajar terima hakikat psaan ini takkan dibalas oleh dia. cuma ak tkilan dgn die sbb beberapa perkara...enjoy ur life dear!

~misz syafa~ said...

hohohohorlick.....

ada masa kita layan je feeling yg tetiba terjah...

len masa, kita lupa....

sampai kita dah genggam apa yg kita nak ! !

ayuh !!! cewaaahhhhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails