~penaja~

Sunday, December 18, 2011

owh.....kekasih gemok ku... =p

Berakhirnya kisah Boboy
Kisah Gemok pula berbangkit
Hurmm…
Lepas Satu
Satu kes membadai
(ayat nak power je…cet !)
Al kisah Gemok aka kucing terchenta
Memang bikin hati runsing
Perhh !!!
Kasi pusing

Semua kisah bermula
Selepas pulang dari Johor
Si gemok ‘nyanyuk’
Boley dia ‘bom’ ats kain
Cet !
Kes tak tahan kot…
Abang aku yang hadap semua tu..
Tak sempat kena bantai
Gemok da mogok
Tak balik rumah 3 hari
Ayoyoyo..
Cari punya cari
Kat rumah jiran
Comotnya, Masya Allah…
Aku terus mandikan
Aku memang pantang tengok kucing comot
Kesihatan bermula dari kebersihan
Penting tu !
Bila da mandi
Si gemok still mogok
Monyok
Dan
Tak lagi montok macam dulu

Rupanya
Gemok menderita
Sakit
Tapi dia diam je..
(ye la..mana ada kucing berckp..)
 Berminggu dia tak makan
Dah bagi ubat demam
Tak jalan juga
Still macam tu..
Kencing tak kemana
Berak pun lintang pukang
Adesss !!!
So
Sebagai tuan yang penyayang lagi prihatin
Kami pun mula merangka misi menyelamat
Alor Star ??
Ermmm.. ‘tak’
Pejabat haiwan ??
‘ok la…try..’

Al kisah Pejabat Haiwan Sungai Petani…
Puji-pujian dulu tuk diorang…
*&$%^@@%&((

Aku sangat soft spoken ni
Dengan berhati mulia
Google la no. pejabat
‘helo…bla..bla…ada tak ape2 rawatan utk kucing’
tanya aku dgn penuh sopan lagi santun
“helo..ya…owh..utk kucing ya..ada rawatan luaran..macam demam..cirit birit..bla bla…”
Jawab orang asing yg aku tidak kenali
Aku tanya lagi….
‘owh…ada la ye…bla..bla…kalau mcm tu saya dtg petang la..bla bla…’
‘saya tak pasti la pegawai yg bertugas tu ada ke tak nanti…mungkin kerja luar…bla…bla….’
Aku jawab je…
‘tak pe…saya datang je nanti..kalau ada, ada lah..kalau x, xpe….’
…………..
End of conversation

Vrooommmm….vrooommmm
as usual
kami bertiga
eh ! berempat
merempit tuk melaksanakan misi…

setibanya….
Aku bukan pintu…
Toleh kiri
Toleh kanan
‘tak ada org…’
Owh tengah meeting..
Aku kluar balik..
Lepak luar jap dalam 10 minit
Then masuk balik…
Ada lah 2 orang staff
Aku tak ckp banyak
Just tunjuk
Sangkar kucing yang colourfull tu..
Mamat tu terus tunjuk ke arah blkg
Aku tak lengah lagi…
Catwalk terus dengan si gemok
Lega bila reaksi mamat tu suh g blkg..
Bila masuk je bilik rawatan tu..
Aku da cuak..
‘hadeiii….pesal pak cik ni yg serve aku….hadoooooooooooooooiiiiiii’
Situasi bilik rawatan
Abang aku still kat luar..
Aku masuk dengan adik aku..
Pak cik ni pun masuk
Aku keluarkan kucing…
Cerita sedikit masalah si gemok
‘dia xmkn bla…bla…saya da bagi ubat demam…tapi mcm tu juga…bla bla bla….’
Membebel panjang aku
(mengharapkan belas kasihan)
Reaksi slamber pak cik tu…
Sambil tengok mulut gemok..
Amik botol tuang ubat…
Time ni la mulanya
Azab yang aku hadap
Mula je detik tu
Dia punya membebel tu..
Aku rasa macam nak bom dia
Aku tanya la..
‘Kucing saya ni demam ke…’
Jawab pak cik tu..
‘kita pun xtau nak kata demam ke tak…kita xmkn Alor Star..semua alat ada..
Sbb tu la tak tulis klinik haiwan…yang kat Alor Star tu belajar tinggi-tinggi..kat sini biasa-biasa je..
mcm manusia juga, kalau tanya doktor, doktor pun tak tau jawapan’
aku still sabar lagi ….
(sopan kan aku….)
Then dia tanya bab makan…
Ayat-ayat yang mcm harem dari mulut dia…
‘kalau kita letak je makanan kat mulut dia, memang la dia tak makan…
Kena la paksa sikit….bagi la air beras ke…glukos ke…baru la dia ada tenaga…
Kucing ni tak cakap’
(telinga aku da berasap)
Slamber aku jawab…
‘saya pun tahu kucing ni tak cakap’
Aku da start packing barang gemok
(mampus tak layan dia bebel)
Time tu la baru ko nak pegang kucing aku
Bila aku da start fed up
Macam tu ke !!!
Sampai adik aku boleh tetiba kuar ayat
‘abang nak keluar la….’
(means budak pun tak tahan dengar kau bebel, treatment habok pun xda…)
Memang la pak cik tu tersangat perasaan
Aku dah hangin..
dia suh aku tulis nama
aku suh adik aku…
aku da nak blah
memang menyampah !!!
ceyyy !! dia panggil aku balik..
ye la…nak keluar bill…
nak maklumat detail…
nasib baik aku tak ngamuk depan membe ko pak cik…
aku masih lagi jaga air muka kamu…
tapi kamu ??
bikin wa panasssssss
len kali..
kalau xnak terima rawatan
ye la
nyawa haiwan bukan penting pun..
mati ke
sakit ke
periuk nasi ko tak luak pun
maintain je 10k tiap bulan
tapi aku terasa
bila ko bagi layanan macam ni
baik cakap awal2 masa aku call
“kami tak terima kes kucing”
Senang cerita !!!
Aku tak susah
Tak sakit hati
Dan ko tak perlu hadap aku
Lepas ni tukar je nama
Pejabat utk lembu,kambing dan haiwan2 lain melainkan KUCING..
Sampai ari ni
Aku tak bagi pun gemok ubat dari pejabat haiwan
Sebab ko tak ckp pun tu ubat ape
Kucing aku sakit ape
Brapa ml, brapa kali sehari
Dan aku was-was…
Adakah engkau Doktor
Kerani
Atau sebagainya..
Aku memang teringin nak jumpa kau luar pejabat
Teringin sangat-sangat………
Nak renung-renung…
Nak usha life style ko….
Kenapalah kau layan orang mcm tu…

Melang keluar je dari pejabat tu..
Membebel panjang aku…
(*&^%$#
Tetiba jiwa merempit aku membuak-buak…
Rasa nak bawak laju-laju
Luah rasa marah

Berhenti je kat lampu merah
Memang salah time la
Keta tu langgar lampu
Aku pecut
Ala..ala…nak langgar dia
Dengan slamber aku hon..
Pinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn !!!!!
Then pecut laju2….
Memang ni style aku…
Kasi ajar skit org buta warna….
Biar malu sket
Malu dengan ank bini dalam kete tu…
Kalau tak..
Memang melampau !

Dah angin sana
Kita org terus direct klinik haiwan swasta
Memang melabur abis la
Utk 2 ubt je
Kopak RM35
Layanan memang bagus
Walaupun condition klinik ala kadar je
(tu semua tak penting !)
Buat ape kalau pejabat elok, tapi ati busuk

Masuk je bilik rawatan
Macam biasa
Aku jadi jurucakap gemok
Mcm2 aku cerita
Then dia check gemok
Tengok mulut
Mata
Dan telinga
Tetiba
‘owh…ni hepatitis ni….hati rosak..semua kuning…boley jangkit ni…’
Relax je Dr. Susan ckp….
“hah …berjangkit….” Serentak kami bertiga
Dah cuak…hahahaha…
Sengal kan Dr. tu…

Skrg ni…
Aku jadi nurse part time kat rumah
Da nak kering ubat2 tu
Gemok pun da ada perubahan
Alhamdullilah
Allah tunjukkan mana yang terbaik..
Cuma aku terlalu beremosi…
(sbnrnya pak cik tu memang nak kena kitai dr kes dulu lagi…
1st time bawak gemok, perut gemok mcm ada ketulan sket)
Rasa nak report je hal pejabat haiwan tu…
Knp diorg ni tak boley jadi mcm Alor Star
Layanan yg baik
Siap bagi thu alamat berserta map melalui fon
Hendak seribu daya…
Tak nak seribu dalih
Mesti pak cik tu kuat makan dadih…
Hehehe
Sebab tu berdolak dalih…
Melalui pemerhatian aku sendiri
Klinik Haiwan Alor Star lagi ramai patient
Dari kucing, burung, arnab
Beratur semua dalam sangkar masing-masing
Dr pagi sampai ke lunch
Sampai kena hold pendaftaran ke sesi petang
Relax je diorang
Tak pulak muka macam kena kapur…
“itulah bezanya antara pencinta haiwan yang bekerja kerana amanah”
dan bukannya
“bekerja kerana income, 8pagi-5ptg….balik..selesai masalah”
Orang macam ni
elok g Sabah
muhasabah diri banyak-banyak

aku menulis
dari hati
aku berkata
dari akal
aku bertindak
melalui perbuatan

hari ini marah
esok lupa
tulat marah lagi
lepas tu menyesal

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails