~penaja~

Thursday, December 8, 2011

Pandangan terakhir darinya............

Bila aku mula berbicara tentang kucing
Pelbagai emosi menerjah
Ada suka ada duka
Tapi 3-4 hari kebelakang ini
Aku masih lagi tidak dapat menerima kehilangan Boboy
Tiap kali pulang
Terpandang sliding door,
 terus terbayang Boboy menyambut aku
Dari gerak mulutnya, aku tahu dia mengeow..
Tapi nada suaranya lemah…
Aku terima dia seadanya..
Sejarah kucing yang ada semuanya datang dengan sendirinya
Si Gemok dari Tesco, Si Sumbing, Si Hitam, Si Kakak, Si Kudut @ Udut, Si Kecik dan banyak lagi..
Boboy datang secara tiba-tiba
Dari kejadian adik aku
Tiba-tiba pulang sambil mendukung Boboy
“Mak, dia ikut abang balik…” (dengan slamber bawa masuk rumah)
Kemudian Boboy kejap ada, kejap tak ada… (aku fikir, mungkin dia sesat ari tu)
Tapi…tiba-tiba Si Boboy ada kat belakang rumah dengan Si Sumbing dan Hitam..
(berbunga hati…) 
aku sekadar bela part time, bagi makan minum…
Itu pun da Alhamdullilah.. 
Sekurang-kurangnya kau masih bernafas Boboy…
Detik bemulanya Boboy sebahagian dari hidup aku
Bila dia bergaduh sampai masuk longkang…
Kasihan ……….. 
sedih aku tengok bila dia basah kuyup keluar dari longkang…
=( aku terus amik dan mandikan…… 
kotornya jangan cakap.. perfect !
Aku jaga dia hari tu.. 
tapi nak dijadikan cerita,
 (Allah dah tuliskan sesuatu yang terbaik untuk aku)
Bila saat aku nak lepaskan Boboy lepas mandi tu, Si Gemok terkam dia dari belakang…
Aku angkat Boboy , masuk bilik… 
leka on 9 punya pasal, tak sedar sebenarnya Boboy sakit kaki sebab kes Gemok tu….
(kejamnya aku… =( )
Patutla dia asyik tido je kat atas katil,
Bermula saat tu, 
aku tak sampai ati nak lepaskan dia,
Aku bela senyap-senyap (tanpa pengetahuan ayah)
Tapi ingat ! 
niat tidak menghalalkan cara…
Entah macam mana.. terkantoi, si Boboy dengan ayah..
Aku macam nak gila marah adik, 
sebab takut ayah marah aku bela Boboy…
“ayah da nampak dah…ayah tak marah la….” Getu adik padaku…
Aku still tak percaya.. 
takut2 ayah kuar arahan buang Boboy..(aku tak nak dengar semua tu)

Hari berganti hari
Minggu berganti minggu
Aku  pun tak sedar berapa lama je aku menumpang kasih sayang dia
Tiba-tiba kesihatan Boboy merosot..tersangat merosot ! 
(sejak datang memang da xberapa aktif)
Aku cuak ! dengan kes kencing tak lawas, perut besar, badan kurus, makan kurang… 
Ya Allah..

Ahad 20.11.2011.. aku ingat tarikh ni..
Sepatutnya aku g Kuale Kangsar 
(ada kenduri, dah siap seterika abis)
Tiba-tiba abang aku cakap,
 “jom g  Alor Star, bawak Boboy…”
Aku ternganga jap ! pening jap… (nak ke tak nak…mcm mna ni)
Lepas tolak tambah bahagi darab..
Aku terus on lappy, seacrh no. veterinar… bla bla bla..
Ok set…
 (terima kasih Klinik Haiwan Alor Star sebab bagi penerangan yang jelas berserta peta laluan jalan…
jutaan terima kasih…)
Dengan dua moto bersama Boboy, aku, adik dan along redah highway  tuk cari penawar Boboy..
Nekad…
Ayah pelik nape aku tak g kenduri…
 “nape tak g kenduri ?? ” tanya ayah… 
“ermm..tak..arr ar…(kelu )” jawab aku…
(tak kan nak tipu, aku jawab ala kadar je..tak explain panjang lebar)

Al kisah di Alor Star,
Dengan sesatnya, dengan pening nak cari Giant Alor Star..
macam-macam…
Tapi kitaorg redah je… (bukan Kl nak sesat bagai..)
Tup tup…jumpa jalan Dato Kumbar… 
(terkesima kejap)
Wah !! besarnya klinik ni…
macam klinik manusia… 
(betapa excitednya kitaorg…)
Kitaorg 1st patient  tuk sesi petang..
Daftar free je…
then tunggu sampai doktor tu seru nama…
Syafawati.. !!! bilik rawatan 1…
 (hah..da bunyi dah….)
Abang aku amik Boboy, kami semua berlima dalam bilik tu…
Aku, adik, along, boboy n doktor….
Di picit-picit perut boboy… seraya doktor cakap,
 “busung ni….bla bla”
Kitaorg ternganga… 
“busung tu ape, mcmna kena,boleh baik tak, mati ke…”
Macam2 aku tanya… 
(tuk puaskan ati yang Boboy akan sihat macam anak kucing yang lain)
Berjam-jam kitaorang g, 15 minit je dalam bilik tu…
 (sedih aku bila doktor tu cakap, tak dapat buat ape2..)
Cuma boleh bagi antibiotik dan ubat kencing tak lawas…
Time amik ubat, aku tanya lagi….
“doktor kalau kecing dia da ok, dia baik ke nanti…” 
memandang tepat ke mata doktor..
Doktor sekadar merenung tepat ke dalam mata aku supaya aku mengerti maksudnya…
(fine…aku faham…dia sedaya upaya menjaga hati aku…
mungkin da terdengar getar suara aku..entahla..)

Kami pulang dengan seribu tanda tanya…
sekurang-kurangnya kami usaha sesuatu untuk Boboy…
Boboy terlalu baik…
terlalu baik untuk mati di usia muda….
Sepanjang perjalanan, dia diam je..sekali sekala meronta…
sampai tertido
 (mungkin tak ada tenaga nak meronta)


Seminggu berlalu………….
Aku, adik, mak dan ayah bersiap sedia pulang ke Johor..
Ada kenduri kesyukuran..
Tinggal along, boboy, udut, kecik dan gemok..
Mak melabur habis-habisan beli sangkar, pasir tuk keselesaan diorg..
Boboy special kes, 
lepas je dalam rumah..
tapi menuntut sedikit pengorbanan bagi mencuci sisa-sisa boboy 
(tak banyak, sekadar setitik dua air kencingnya)
Boboy budak yang baik….
Dia tahu dia sakit, tak nak menyusahkan tuan, 
dia tidur berhampirang toilet…
Kadang2 tido dalam toilet… 
al maklumlah, dia probs kecing tak lawas… (kerap)
“baik aku tido sini…nanti menyusahkan tuan aku pulak….” 
mesti boboy cakap mcm tu dlm hati dia
tidola boboy dalam keadaan sedikit basah
(pengorbanan boboy yg buat aku sgt2 tersentuh )
walaupun hanya seekor kucing yg tidak punya akal fikiran sempurna manusia
=(
=s
='(
.
.
.
Begitulah rutin harian boboy…
 (tersentuh aku tengok dia….terlalu tidak bermaya)
Teringin sekali aku nak tengok dia bermain macam kucing lain….

3-4 hari dikampung, 
Sabtu pun tiba…
Pulang dari Johor…
Boboy masih tiada perubahan

Keesokan harinya,
Lepas makan tengah hari…
“akak…nape dia macam kejang…
tengkuk dia keras…” bebel along pada ku…
“dia memang macam tu bila dia sakit….” Jawab aku… 
(memang penah jadi macam tu…)
….
…..
Tapi hati aku tak tenteram selagi tak tengok dia….
Terbaring boboy disisi pintu bilik air…. 
Aku lapik dengan kain supaya tak terasa sejuk lantai….
Aku lihat…….. 
sakit sungguh dia...

Ya Allah….
Kaku lehernya…
air liur meleleh hingga ke telinga…
Terusik hati aku lihat keadaan tu…
“mak tolong amik tisu jap…
akak nak lap telinga dia…” kata aku pada mak… 
(mak otw ke depan g amik tisu)
Semua ada disisi aku masa tu… 
Cuma ayah dalam bilik…baca paper…

Sambil aku ribakan boboy,
menghadap aku...
Aku lapkan lelehan tersebut…
matanya tepat memandang aku…….
Lemah nadinya…. Aku teruskan mengelap…. 
(dia memang macam tu bila dia sakit, ngomel dalam hati)
sekadar sejukkan hati
kemudian
aku urut dadanya 
dengan harapan dapat kurangkan kesakitan yang ditanggung
tapi……………..

tiba-tiba
.
.
.
.
.
aku lihat tiada lagi nadinya walaupun matanya terbuka……………………
dadanya tidak bergerak......
kaku....
namun.....
matanya masih tepat memandang tepat mata aku……………..
=(
=s

Aku tanya mak, along…..
 “nape dia tak bernafas….mata dia terbuka lagi....”
Mak jenguk sambil cakap 
“bang, tengok boboy ni,da mati ke ni”
Adik melihat kesemua adegan tersebut…
Along pegang,rasa nadinya…
Letak ditelinga….
 Namun tetap tiada………………………
Tetap tiada…
tiada
tiada

DIA lebih sayangkan boboy….
Kami masih tidak dapat terima ketiadaan boboy…
“da mati ke…? Nape mata dia terbuka….” Tanya along…
Tiba-tiba mak bersuara…………..
“dia tunggu kita kak….dia mati bila kita balik……dia tunggu kita juga…………..”
Ya Allah…..
macam nak tercabut jantung aku bila mak ckp mcm tu………..
Aku tahan…………
tak nak air mata gugur depan boboy………..
Aku masih lagi memegang erat boboy……….
Ya Allah…..
aku bersyukur KAU pertemukan aku dan dia buat kali terakhir….
Mungkin boboy gembira di “sana”…lebih sihat lagi…

Khas buatmu Boboy……………

Maafkan aku tuk kekasaran selama ini…
Sepanjang aku menumpang kasih sayang kau..
Kadang kala, aku “ter”merungut dalam hati…
Bila kau membuang sisa kumbahan merata-rata…
Aku tak kisah jika di bilik…
Cuma aku terlalu risau bila ianya di kawasan lain…
di dapur ke, ruang tamu
Bimbang jika ayah ternampak…aku tak nak ayah membenci kau…
Aku takut………. =(
Maafkan aku…. Aku pernah spray kau…
Maafkan aku………….
 Cuma berniat mahu mendidik kau seperti dahulu..
Boboy yang bijak membuang sisa kumbahan di toilet tanpa perlu diajar……..
Kau terlalu baik… tak banyak kerenah…
Diam…buat hal sendiri….cuma aku marah bila kau mula tido di toilet
Aku kasihan bila tengok kau tido dalam keadaan basah…
Aku paksa kau tido di katil…
Aku faham kau terseksa bila terpaksa turun naik katil yang tinggi
Semata-mata mahu ke toilet..
Aku tak sanggup tengok ko dalam toilet sorang-sorang….
Aku harap kau faham boboy….
Aku tak rasa dapat jumpa kucing yang sama sifatnya macam kau…
Sampai aku mati pun, aku tak rasa aku jumpa yang sama macam kau….
Kita jumpa kat “sana ” ea nanti….
Aku nak jumpa kau lagi… aku harap masa tu ko da sihat sangat2….
Cantik, gemuk, aktif….
Tunggu aku tau Boboy………..]
tiap malam aku rindu ko…
Tak de da boboy yang selalu tido kat ujung katil….
yang teman aku siang malam….
Aku tak perlu lagi lap semua tu…
Tak ada lagi kain buruk yang perlu aku basuh tuk ko….
Sejak ko “pergi”, si gemok pulak sakit….
Sebijik simptom macam ko…. Tapi dia lagi teruk…tak makan minum langsung…
Aku suapkan semuanya tuk dia…
Aku tak sampai ati tengok semua ni….
Gemok yang selalu lari laju, mengeow mintak ikan
Dah jadi kucing yang bisu…………..
Lemah….comot…..
Tapi tak pe…
aku akan jaga dia sehabis mampu aku…
Tunggang langgang sikit bilik pun tak pe…
Demi gemok….
aku sanggup
Nanti aku nak tanam pokok sebagai tanda tempat kami tanam ko dulu…
Aku nak tengok pokok tu hidup subur sebagai ganti diri ko…
Rantai dan loceng yang aku buatkan tu, ko jaga baik-baik…
aku tanam sekali..
tak sampai hati pakaikan tuk kucing lain...
Maafkan aku jika aku terkasar dengan kau selama kau bernafas di rumah ini…
Terima kasih boboy tuk kehadiran kau yang sementara itu…
Aku sekeluarga sangat hargai….
Terima kasih tidak terhingga……….
maafkan juga ahli keluarga aku jika mereka terkasar dgn kau...
maafkan ye...

(Sebelum tido, aku nak tengok gambar ko dulu)
Wassalam………..

1:30 pagi
03/12/11


ko main dgn daun2 cantas

si kakak yg tiba2 hilang...mati kah dia.. hidup ke..

aku snap curi2 masa ko men daun tu

ko suka pandang aku macam tu.... tapi sebenarnya ko sgt sakit..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails